HADITH : Dari Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Pada
habbatus sauda’ terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam
(maut/mati)”. (HR. Bukhari & Muslim) “Tetaplah dengan habbatus sauda’
kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam,
dan as-sam itu mati.” (HR Bukhari
& Muslim)
FAKTA ILMIAH :
Selama lebih daripada dua ribu tahun, biji jintan hitam telah dikenali
dan digunakan sebagai rawatan di banyak negara di Timur Tengah dan Timur Jauh.
Pada tahun 1959, -Dakhakhni dan rakan-rakannya berjaya mengeluarkan Nigellone
dari jintan hitam. Jintan hitam mengandungi 40% minyak yang stabil dan 1,4%
minyak asiri. Ia juga mengandungi sekitar lima
belas asid amino, protein, kalsium, besi, natrium, dan kalium. Di antara
komposisi yang paling efektif adalah Thymoquinone, dithymoquinone,
thymohydroquinone, dan thymol. Peranan jintan hitam dalam meningkatkan imuniti
manusia tidak jelas sebelum 1986, ketika Dr Qadhi dan rakan-rakannya memulakan
siri penyelidikan di Amerika Syarikat. Setelah itu, banyak kajian yang
dilancarkan di berbagai negara. Dr Qadhi membuktikan bahawa penggunaan jintan
hitam menguatkan imuniti di mana nisbah T pembantu sel limpa meningkat purata
72% berbanding dengan sel penahan. Juga, ada perkembangan yang cukup besar
dalam aktiviti sel pembunuh semulajadi dengan purata 74%. Keputusan kebanyakan
penyelidikan moden menyokong penemuan Dr.Qadhi. Di antaranya adalah hasil
kajian yang diterbitkan oleh majalah International Immunity pada bulan Ogos
1995 tentang kesan jintan hitam ke atas sel-sel luaran limpa dan aktiviti
sel-sel multi-nucleas darah putih. Pada bulan September 2000, majalah
International Immunity juga menerbitkan kajian tentang pengaruh minyak jintan
hitam dalam mencegah cytomegalovirus pada tikus makmal. Minyak jintan hitam
telah diuji sebagai bahan anti-virus dan imuniti yang diperolehi semasa
tahap-tahap awal penyakit ini diukur melalui penentuan sel-sel pembunuh
semlajadi dan hal-hal lain. Pada
bulan Oktober 1999, majalah Eropah mengenai Kanser menerbitkan satu artikel
tentang pengaruh Thymoquinone pada kanser perut tikus. Demikian juga pada Mei
1998, sebuah majalah khusus dalam kajian pencegahan kanser menerbitkan satu
artikel tentang ekstrak jintan hitam sebagai ubat untuk ketumbuhan kanser. Pada
April 2000, majalah Ethanol Medical menulis tentang kesan toksik dan kesan
imuniti ekstrak etanol yang dihasilkan dari jintan hitam. Juga, pada bulan
Februari 1995, majalah Medical Plants menerbitkan sebuah artikel tentang
kekesanan minyak jintan hitam stabil dan Thymoquinone pada sel darah putih. Banyak
kajian lain yang telah menyokong fakta-fakta ini.
ASPEK KETULENAN SAINTIFIK
Nabi SAW memberitahu kita
bahawa jintan hitam adalah ubat bagi setiap penyakit. Perkataan Arab ‘Syifa’
(ubat) datang tanpa ketentuan penyakitnya yang bermaksud bahwa ia adalah kata tidak
terbatas yang merangkumi sebahagian besar penawar/ubat. Ini bermakna bahawa
jintan hitam menyumbang kepada penyembuhan setiap penyakit. Secara saintifik
telah terbukti bahawa sistem imuniti adalah satu-satunya sistem yang mempunyai
kemampuan untuk melawan penyakit dan menghasilkan sel-sel yang membunuh virus. Melalui
kajian dan kerja makmal yang telah dilakukan pada keberkesanan jintan hitam,
telah ditemui bahawa ia mengaktifkan imuniti manusia dan meningkatkan
pengeluaran sel-sel pembunuh semulajadi, sel-sel penghalang, dan sel-sel
pembantu. Ini semua adalah sel-sel limpa yang sangat rumit dan penting. Menurut
Dr.Qadhi, pengeluaran sel-sel tersebut meningkat sebanyak 75%. Penemuan
tersebut telah disokong oleh kajian yang diterbitkan dalam majalah-majalah
lain. Jintan hitam menyebabkan pertumbuhan sel-sel pembantu limpa, peningkatan
interferon dan interleukin 1 dan 2, dan imuniti sel tersebut menjadi lebih
kuat. Semua ini menyebabkan peningkatan kemampuan sistem imuniti untuk melawan
dan menghapuskan sel-sel kanser dan virus. Ia juga menyembuhkan saluran
schistosomiasis. Berdasarkan fakta-fakta ini, kita dapat membuat kesimpulan
bahawa jintan hitam adalah ubat bagi setiap penyakit kerana menguatkan sistem
imuniti yang bertanggung jawab untuk rawatan penyakit dan melawan virus. Fakta-fakta
saintifik yang disebutkan dalam hadis Nabi (SAW) ini adalah jelas. Tidak ada
sesiapa yang boleh mendakwa mengetahui fakta-fakta ini pada empat belas abad
yang lalu, kecuali Nabi SAW. Allah SWT berfirman: Dan tidaklah yang
diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya. (QS An-Najm: 3-4)
http://hpapolewalimandar.blogspot.com/
Post a Comment